Kepada
blog ini dan
blog ini berhati-hatilah dalam post entry anda. Anda kini sedang diperhatikan. Sedikit saja lagi anda menyentuh peribadi, dan perasaan aku.. aku tidak teragak-agak untuk membuat tindakan. Dan ini bukan mainan kata-kata. Bukan juga ugutan.. tapi semua nya telah termaktub dalam akta di bawah;
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan
Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
(1) Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau
tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,
adalah melakukan suatu kesalahan—
(2) Seseorang yang secara sedar—
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh
didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
sumber rujukan dari
http://www.skmm.gov.my/
Jadi berwaspadalah dalam tindakan. Aku mungkin senyap tidak membalas setiap cemuhan.. tapi aku mengumpul bukti. Perlawananku bukan dengan kata-kata tapi dengan akal fikiran. Siapa kata anda bebas menulis di internet? Setiap pengguna internet dilindungi di bawah akta ini. Sedikit saja lagi anda tersilap membuat perhitungan... Aku tidak bergurau.